Thursday, January 7, 2010

Pakatan Haram mengaburi Fakta! Klik sini



SUDAH satu minggu berlalu dan fitnah Pakatan Rakyat berterusan!

Ia adalah cerita lama atau lebih tepat penipuan lama, diulang-ulang. Mungkin mengikut teori Joseph Goebbels (29 Okt 1897 - 1 Mei 1945), Menteri Propaganda Nazi Jerman, penipuan yang diulang-ulang akan diterima umum sebagai kebenaran. Kononnya Dr Zambry dihalang masuk ke US kerana dikatakan sebagai pengganas.

Aku akui, di Perak memang ada pengganas . . . Nizar Jamaludin, Ngeh & Nga serta Sivakumar. Bukan Dr Zambry. Siapa yang mengganas di jalan-jalan raya, menghina Raja Melayu serta membangkitkan perasaan memberontak di kalangan rakyat kalau bukan empat karakter ini.

Siapa yang berulang-ulang menyatakan dia mahu jadi Menteri Besar dan seolah-olah mahu menjalankan kudeta kalau gagal menggunakan saluran undang-undang. Siapa yang menghina Perak, bila melancarkan buku Perak Darul Kartun, sanggup menghina negeri sendiri kerana cita-citanya menjadi Menteri Besar tidak jadi kenyataan. Orangnya ialah Nizar, bekas menteri besar boneka.

Kerana amarah serta tidak dapat mencari kelemahan Dr Zambry, timbul cerita Menteri Besar adalah pengganas yang dihalang masuk ke US. Malangnya, berita Dr Zambry di US dan kejayaannya menarik pelaburan lebih RM800 juta adalah bukti jelas yang menyangkal fitnah jahat itu.

Bila akhbar Suara Keadilan bil 213 29 Disember 2009 - 5 Jan 2010 menerbitkan cerita fitnah di muka belakang di bawah tajuk ZAMBRY DISYAKI PENGGANAS, Gagal Masuk ke Amerika Syarikat, jelas menunjukkan Pakata sudah hilang arah.

Pakar-pakar propaganda Pakatan terpaksa "mengada-adakan" cerita bagi mencuba untuk tenggelamkan cerita kelemahan PAS di Kelantan, kes kelam-kabut anak menantu Nik Aziz, kes liwat pemimpin agung mereka Anwar Ibrahim, kekelaman kerajaan pakatan di Selangor dan bermacam-macam bala yang melanda mereka.

Mereka menggunakan teori asas propaganda, melencungkan pandangan awam ke cerita lain, yang sengaja dicipta bagi mengaburi mata umum. Tanyalah pelajar asas komunikasi, inilah teori propaganda pertama yang dipelajari. Propaganda 101!

Sumber: Merentas Gelombang

0 comments: